Hargailah belacan warisan Kita....

Sunday, 3 March 2013

Sekilas mengenai belacan..




mungkin ada antara kalian yang belum pernah memakan belacan apalagi melihat rupa bentuknya. Disini saya sertakan gambar belacan..harap bermanfaat...
  • Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Belacan diproses daripada udang geragau atau isi udang laut yang bersaiz kecil dan setelah apabila siap diproses boleh disimpan lama untuk kegunaan masakan. Belacan mentah berbau agak busuk dan perlukan kaedah pembungkusan atau penyimpanan yang baik untuk mengurangkan bau belacan. Walau pun kaedah memproses belacan kebanyakannya masih ditahap asas atau tradisional di Malaysia tetapi beberapa orang usahawan telah berjaya untuk mengkomersilkan kaedah pembuatan belacan untuk dijual. Belacan telah dihasilkan sejak sebelum 1805 lagi.William Marsden, turut memasukkan perkataan Belacan dalam bukunya "A Dictionary of the Malayan Language" terbitan tahun 1812.

Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya., Maupun begitu, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat.
Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan belacan dihasilkan daripada udang dan ada juga yang dihasilkan dari ikan.


No comments:

Post a Comment